Info Scout Selangor

>> Tuesday, September 30, 2008

Sebuah laman yang dihasilkan untuk ahli-ahli Pengakap di Selangor. Walaupun bukan merupakan sebuah laman rasmi PPM Selangor, diharap laman ini akan memberi sedikit info tentang kegiatan pengakap di negeri Selangor. Memang sudah banyak laman blog pengakap dihasilkan oleh PPM Daerah dalam negeri Selangor dan juga kumpulan-kumpulan pengakap, tetapi rasa rasa kelahiran laman ini akan turut mewarnai dunia bloger dalam membantu memartabatkan pergerakan pengakap di negeri Selangor.
Saya bukanlah seorang bloger yang mahir dalam menghasilkan blog, namun niat saya ialah semata-mata ingin membantu, itupun sekiranya ada sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan pengakap yang lain. Bantulah saya dengan dengan menyumbangkan maklumat pengakap ditempat rakan-rakan pengakap, juga bolehlah kiranya dimasukkan "link" laman ini di laman web atau blog rakan-rakan yang lain.
Saya boleh dihubungi melalui email : infoss08@gmail.com

0 comments:

Followers

  © Blogger template Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP