Pelantikan Pesuruhjaya PPM Daerah Kapar dan Putrajaya
>> Wednesday, January 28, 2009
Sebagaimana yang diketahui Putrajaya akan dijadikan satu daerah pengakap dalam negeri Selangor. Siapakah yang bakal dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Putrajaya? Calonnya mestilah seorang yang komited dengan pengakap, tidak semesti hanya sekadar memiliki dua butir manik kayu. Faktor usia dan senioriti juga perlu diambil kira, walaupun baru atau belum memiliki manik kayu. Faktor manik kayu seharusnya tidak menjadi faktor utama, pernah ada Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik belum memiliki manik kayu ( mereka diberi tempuh 2 tahun untuk mendapatkan manik kayu selepas dilantik - sementara itu mereka akan diberikan tauliah sementara sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah ).
Bagi saya faktor umur dan senioriti perlu didahulukan, di daerah Putrajaya tentu ada yang sebegini. Pemilihan perlu dibuat dengan berhati-hati supaya tidak timbul permasalahan di kemudian hari. Calon-calon perlu disenaraipendekkan, kemudian dinilai apa kelebihan dan kekurangan setiap orang.
Begitu juga dengan daerah Kapar, perlu diselamatkan dengan pelantikan Pesuruhjaya yang baru ( penjawat sebelum ini telah bertukar ke Perak ). Pemilihan calon hendaklah tepat supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Walau apapun semuanya terletak pada budi bicara dan kebijaksanaan Tuan SC kita.
0 comments:
Post a Comment