Majlis Pentaulihan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan

>> Tuesday, January 15, 2013

Kuala Lumpur 14 Januari 2013 - Majlis penganugerahan dan pembaharuan tauliah kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan telah diadakan pada hari Isnin 14 Januari 2013. Majlis tersebut diadakan bersama-sama dengan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara siri 5/2013 yang telah diadakan di Ibu Pejabat PPM (BP House) Kuala Lumpur.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh serta dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman.

Tahniah kepada Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tugas-tugas Khas-Kelana Tuan Mohd Fadhil bin Mohd Yusop atas pelantikan sebagai PIP Program (Tugas-tugas Khas)

0 comments:

Followers

  © Blogger template Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP