Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor bersama Pentaraf Pengakap Raja Negeri Bil. 1/2013

>> Wednesday, January 23, 2013

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah,
Setiausaha Latihan Negeri,
Setiausaha Program Negeri,
Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat di atas pada masa dan tempat seperti yang berikut:

Tarikh : 27 Januari 2013 ( Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort
Pakaian : pakaian seragam no.3

Aturcara majlis :

9.00 pg     :   sarapan pagi
9.30 pg     :   Mesyuarat Pentaraf Pengakap Raja / Bengkel
12.30 ptg  :   Makan tengah hari / solat
2.00 ptg    :   Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri
                    (Pentaraf meneruskan bengkel untuk modul dan penilaian)
4.30 ptg    :    Minum petang
5.00 ptg    :    Bersurai

Agenda Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya :
1. Membaharui Persetiaan Pengakap
2. Doa
3. Istiadat Penyampaian Manik Kayu
4. Ucapan Pengerusi
5. Ucapan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
6. Membentangkan laporan Latihan 2012
7. Membentangkan laporam Program 2012
8. Membentangkan Pendaftaran Keahlian 2012
9. Pembentangan Perkhemahan Pengakap Wanita Selangor 2013.
10. Hal-hali lain





Read more...

>> Tuesday, January 22, 2013

Untuk rujukan semua ahli pengakap.

Read more...

Carta Organisasi Kumpulan Pengakap Sekolah Rendah

>> Thursday, January 17, 2013

Contoh Carta Organisasi Kumpulan Pengakap Sekolah Rendah untuk rujukan pemimpin.


Read more...

Carta Organisasi Kumpulan Pengakap Sekolah Menengah

Contoh Carta Organisasi Kumpulan Pengakap di Sekolah Menengah sebagai rujukan para pemimpin pengakap. Sekiranya terdapat pelajar tingkatan 6 di sesebuah sekolah, bolehlah ditubuhkan satu lagi unit pengakap iaitu Unit Pengakap Kelana. Unit ini akan diketuai oleh seorang pemimpin yang dikenali sebagai Pemimpin Unit Pengakap Kelana dan dibantu oleh penolong pemimpin unit.

Read more...

Carta Organisasi PPM Daerah

>> Tuesday, January 15, 2013

Ini adalah contoh carta organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Daerah yang boleh digunapakai oleh semua.


Read more...

Majlis Pentaulihan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan

Kuala Lumpur 14 Januari 2013 - Majlis penganugerahan dan pembaharuan tauliah kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan telah diadakan pada hari Isnin 14 Januari 2013. Majlis tersebut diadakan bersama-sama dengan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara siri 5/2013 yang telah diadakan di Ibu Pejabat PPM (BP House) Kuala Lumpur.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh serta dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman.

Tahniah kepada Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tugas-tugas Khas-Kelana Tuan Mohd Fadhil bin Mohd Yusop atas pelantikan sebagai PIP Program (Tugas-tugas Khas)

Read more...

Khidmat Masyarakat Kelana Selangor

>> Sunday, January 13, 2013

Tanggungjawab menjaga Kem Pengakap Rimba Templer adalah menjadi tanggungjawab semua warga pengakap negeri Selangor. Sehubungan dengan itu ahli-ahli warga Sekretariat Kelana Selangor telah mengambil inisiatif untuk bergotong-royong membersihkan kem yang sudah lama tidak dibersihkan. Aktiviti tersebut telah diadakan pada 01 Januari 2013  yang lepas. Kerja-kerja gotong-royong akan disambung pada 19 Januari 2013 ini.


Read more...

BP Award 2012






Penerima Anugerah BP 2012


Sekretariat Kelana Selangor telah menghantar seramai 6 orang peserta untuk Penilaian Anugerah BP. Alhamdulillah keenam-enam mereka telah berjaya mendapat anugerah. Mereka terdiri daripada 3 orang Kelana OKU Kuala Langat, 2 Orang Kelana Sepang dan seorang Kelana Gombak. Sehingga hari ini seramai 9 orang Kelana Selangor telah menerima anugerah tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 2011.

Sumber berita : Sekretariat Kelana Selangor

Read more...

Kem Mutiara Semenyih

Lokasi Baru Aktiviti Pengakap Negeri Selangor.

Kini lokasi baru aktiviti Pengakap Negeri Selangor banyak tertumpu di kawasan MUTIARA SEMENYIH Training Village and Eco Resort. Perkampungan latihan dan eco resort ini terletak di kawasan seluas lebih kurang 14 ekar yang beralamat di Lot  1407, KM 27 Jalan Sungai Lalang, Semenyih.




Read more...

Followers

  © Blogger template Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP